03 February 2013

Murid Sekolah Maut Digilis Lori


LAHAD DATU SABAH – Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.

01 February 2013

10 Tempat Paling Susah Disebut

Bagi yang suka melancong dan melawat tempat-tempat yang pelik di sini adalah antara 10 tempat yang sukar disebut dan terpanjang. Selepas balik bercuti dari sana anda pun berkata kepada rakan anda "Minggu lepas saya baru bercuti di Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch" bayangkan bagaimana lidah anda berserabut menyebutnya.

1. Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Yuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit (Thailand)


27 January 2013

30 Tahun Kura-kura Terkurung

Rio de Janeiro: Sebuah keluarga yang kehilangan kura-kura kesayangan tidak menyangka dapat bertemu haiwan peliharaan mereka 30 tahun kemudian, lapor media semalam.

Kura-kura bernama Manuela itu gagal dikesan pemiliknya pada 1982 walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya. Keluarga Almeida kemudian menganggap Manuela melarikan diri ketika pekerja pembinaan mengubah suai rumah mereka. Awal bulan ini, ketua keluarga Almeida, Leonel, meninggal dunia dan anak-anaknya bekerjasama membersihkan bilik di tingkat dua rumah mereka yang sarat berisi barangan elektrik rosak.
Selama ini, bilik berkenaan dibiarkan berkunci.

Anak lelaki Leonel Leandro berkata, dia terkejut apabila mendapati Manuela berada dalam sebuah kotak di bilik berkenaan, tetapi ia hanya disedari sejurus sebelum kotak berkenaan dibuang.

“Saya meletakkan kotak itu di kaki lima supaya pemungut sampah mengambilnya, tetapi ada seorang jiran bertanya, mengapa saya mahu membuang kura-kura?” katanya. Hairan dengan kata-kata jirannya, Leandro melihat kotak berkenaan sekali lagi dan terkejut melihat apa yang ada di situ.

Adik Leandro, Lenita, berkata kura-kura itu hadiah untuknya ketika dia masih kecil. Pada masa sama, Leonel tidak suka membuang barangan elektrik yang dirasakan boleh dibaiki. “Jika bapa terjumpa televisyen rosak dan dia berasa boleh diperbaiki, bapa akan menyimpannya di dalam bilik.

KELUARGA Almeida menunjukkan Manuela yang ditemui selamat selepas terperangkap dalam bilik rumah mereka selama 30 tahun. “Lama-kelamaan, bilik itu penuh dengan barangan elektrik dan kami tidak berani masuk ke situ,” katanya.

Mengenai penemuan Manuela itu, Lenita berkata, mereka sekeluarga sangat gembira apabila bertemu semula dengan kura-kura berkenaan.
Namun, kata Lenita, tiada siapa tahu bagaimana Manuela mampu bertahan dalam bilik berkenaan selama 30 tahun. Sementara itu, pegawai vaterinar Rio de Janeiro, Jeferson Pires berkata, kura-kura spesies berkaki merah mampu bertahan walaupun tanpa makanan untuk tempoh lama. “Kura-kura jenis itu boleh hidup tanpa makanan selama dua hingga tiga tahun.

“Jika di hutan, ia boleh makan buah-buahan, daun, bangkai haiwan atau najis,” katanya.

Mengenai Manuela, Pires berkata, ia mungkin terselamat kerana makan anai-anai di lantai kayu rumah berkenaan. -Hmetro

11 Lawak Samy Vellu patut anda tahu



Dato Seri Samy Vellu secara rasmi telah melepaskan jawatannya sebagai presiden MIC pada 6 Disember 2010 yang mana telah memegang jawatan tersebut selama 31 Tahun.

Beliau sangat dikenali dengan pengunaan bahasa yang lintang pukang dan melucukan.

Berikut merupakan 11 lawak Dato Seri Samy Vellu yang terkenal dan jangan pula anda terkeluar gigi ketawa:-

Samy Vellu komen tentang pos laju. “Besok kirim, hari ini juga sampai”

26 January 2013

Pembunuh anjing dipenjara 12 bulan


KUALA LUMPUR - Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah membunuh seekor anjing betina milik anak saudara majikannya, dua minggu lepas.

Majistret Nur Azura Murah memerintahkan Heltija Bulu, 26, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 10 Jan lepas.

Mayat William Yau Zhen Zhong Ditemui


KLANG: Berdasarkan pakaian yang dicam ahli keluarga, mayat budak lelaki yang dijumpai di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, lewat petang semalam disyaki William Yau Zhen Zhong, 6, yang dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu.

Menurut sumber Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, kira-kira jam 12.30 malam tadi, ahli keluarga mangsa telah membuat pengecaman ke atas mayat kanak-kanak yang ditemui tersangkut di tepi bot berhampiran jeti Sungai Sireh di depan flat Sri Perantau itu.

22 January 2013

Tips - Panjangkan tempoh sah laku masa kredit prepaid Celcom, Maxis dan Digi

Selalunya 7 hari selepas reload Rm10 mesti dah tamat tempoh sedangkan kredit masih lagi ada RM4.60. Reload lagi dan kredit bertambah-tambah tapi tempoh sah dah tamat dan tak boleh digunakan. Itu untuk pengguna yang jarang guna telefon.
 


Bagi yang pakai Rm10 sehari rasanya tak perlu guna tips ini.

Untuk Celcom

Ok, sebelum korang gunakan code dibawah, pastikan korang topup dulu samada RM30 atau RM50. Sebabnya nilai ini akan ditolak sebagai pendaftaran korang untuk aktifkan sim kad selama setahun tanpa reload.

EXP1 send to 28882 – RM30 will be deducted for 1year validity.
EXP2 send to 28882 – RM50 will be deducted for 2years validity
.**syarat tambahan : pastikan reload sekurang-kurangnya RM30 dalam tepoh 6 bulan selepas pengaktifan.

Untuk Maxis (Hotlink)

Minimum kredit diperlukan adalah RM33.
Untuk aktifkan, taip *108*6#  dan tekan butang ‘call’ pada phone.
Call rates
Normal With RM30 top up or more
(valid for 30days) SMS Rates
Activ10 15sen/min 15sen/min 1sen/SMS
Hotlink to same network 39sen/min 36sen/min 7sen/SMS
Hotlink to different network 49sen/min 36sen/min 15sen/SMS

Untuk DiGi

DiGi agak mudah, pastikan nilai kredit anda melebihi RM35

Digi Super Long Life: 365days with RM30

 Step To Activate as below:

Dial *128*4*3#  dan tekan butang Call

21 January 2013

Kaki terseliuh 10 kali sehari



Artikel ini dipetik dari Harian Metro di mana seorang wanita menghidap sindrom Ehlers-Danlos, seorang wanita mengalami kesakitan dari semasa ke semasa pada bahunya hanya kerana pergerakan tubuh yang mudah.
Menurut Lauren Harry, pada hari tertentu sendinya boleh terseliuh sehingga 10 kali.
Antara lain, kata Lauren, 20, ia berlaku akibat bersin atau terhenjut di dalam kenderaan akibat brek mengejut.
Minggu lalu saja, katanya, dia pergi mendapatkan rawatan kecemasan di hospital sebanyak empat kali. Doktor percaya, Lauren menghidap sindrom Ehlers-Danlos yang menyebabkan kolagen wanita itu terlalu lemah memastikan anggota badannya berada di tempat yang betul. Lauren - dari Wrexham, Wales - berkata, dia sakit pada kakinya ketika berusia 11 tahun tetapi menyangka ia masalah biasa akibat proses tumbesaran.
“Ketika berusia 15 tahun, saya terjatuh menyebabkan bahu cedera. “Sejak itu, bahu dan sendi saya yang lain, termasuk lutut dan jari, sering terseliuh,” katanya. Keadaan itu menyebabkan dia gagal menamatkan pendidikan peringkat AS.
Kata Lauren, setakat ini dia menjalani lima pembedahan berasingan di Hospital Wrightington Lancashire, untuk memberi kestabilan pada bahunya.
Bagaimanapun, katanya, masalah itu masih berterusan. “Bahu saya terseliuh 10 kali sehari kerana saya terbatuk, bersin atau tersepak sesuatu,” katanya.
Lauren yang kini bertugas sebagai kakitangan restoran makanan segera di Chester berkata, baru-baru ini semua jari tangannya terseliuh kerana membuka pintu tempatnya bekerja. Di rumah, kata Lauren, dia juga tidak boleh bergurau dengan adik-beradiknya tanpa mengalami kesakitan akibat terseliuh.


Sumber

Lamborghini Rekaan Sendiri

Hanya bermodalkan US $ 9,445, seorang pemuda berjaya mencipta sebuah kereta Lamborghini dibuat daripada bahan terbuang kereta-kereta rosak dan paip keluli.



Beliau memandu kenderaan unik ini di kampungnya sendiri di Suqian terletak di East China’s Jiangsu Province dan membawa baja kimia semasa musim menuai.



Kereta Lamborghini replika ini telah medapat anugerah ‘Most Awesome Sports Car Ever’ di China.
















   

sumber

Roller coaster dengan berjalan kaki

Direka oleh pereka duo Heike Mutter and Ulrich Genth, walkable roller coaster-bertajuk Tiger & Turtle – Magic Mountain adalah 45 meter tinggi dan terdiri 249 anak tangga. Pelawat boleh mendaki pada arca melengkung dan berjalan di sekitar, dan melihat pemandangan sekitarnya.
#Mungkin orang dah bosan naik roller coster, ke canne?

















sumber

Rupa Minuman Keras Di Bawah Mikroskop

Sebuah syarikat bernama Bevshots telah menghasilkan satu siri gambar minuman keras di bawah mikroskop di makmal kimia Florida State University. Gambar di bawah ini adalah Martini kering pada pembesaran 1000x.

Pengambilan gambar di lakukan dengan membiarkan titisan minuman beralkohol tersebut hingga kering dan meletakkannya di dalam bekas kedap udara yang kemudian di potret dengan menggunakan kamera 35 mm. Seluruh proses pengambilan gambar ini memakan masa lebih dari 3 bulan dan sebanyak 200 kali percubaan telah dilakukan untuk dapat mengambil bahagian-bahagian dari minuman beralkohol ini.



Margarita


Champagne


Chablis


Daiquiri


Pina-Colada


Sake


Tequilla


Scotch


Vodka


Whiskey


sumber

Kereta buatan rotan

Ojo Obaniyi (40) warga Nigeria mengubahsuai kenderaannya dengan lapisan anyaman rotan.
Kereta bernama Ojo Obaniyi yang diubahsuai dengan lapisan anyaman rotan terlihat sedang parking di depan sebuah kedai kraftangan rotan di Ibadan, Nigeria (10/1).

Bahagian seluruh dalamannya terlihat dilapisi anyaman rotan.

Obaniyi saat membawa dengan keretanya yang telah diubahsuai dengan anyaman rotan.

Ojo Obaniyi membuat penutup rim keretanya dari bahan anyaman rotan.

Obaniyi, sedang melapiskan tempat duduk dengan anyaman rotan.

Seorang wanita terlihat menatap kereta rotan ini ketika sedang melintas di depan sebuah kedai kraftangan rotan di Ibadan, Nigeria (10/1).


Ojo Obaniyi saat memandu keretanya dikeliling di kota Ibadan di Nigeria. Kereta ini ia beri nama "Obaniyi" yang merupakan namanya sendiri yang ditulis pada bahagian depan dan belakang kereta.


Saat memandu di kotanya, kereta ini banyak mengundang perhatian para warga yang melintas.

Ojo Obaniyi, saat berhenti mengisi minyak di stesen pam minyak di Kota Ibadan, Nigeria (10/1).
sumber

Tanduk Aneh Tumbuh di Kepala

Huang Yuanfan, seorang lelaki lanjut usia dari Ziyuan, China Selatan, menjadi perbincangan di dunia kesihatan. Datuk 84 tahun ini memiliki sebuah tanduk aneh berukuran tiga inci atau tujuh sentimeter. 

Yuanfan bercerita, tanduk di kepalanya mulai tumbuh sejak dua tahun lalu. Sejak itu tanduknya terus tumbuh. "Saya cuba memotongnya tetapi ia terus tumbuh. Saya tidak dapat mengubahnya, makin besar," ujarnya.


Namun, tanduknya tak boleh tumbuh lebih tujuh sentimeter. "Doktor tidak mengetahui apa yang terjadi pada saya. Saya menyembunyikan tanduk dengan mengenakan topi tetapi takut akan kelihatan bila bertambah panjang," kata Yuanfan.


Mac lalu, seorang nenek di negara itu juga mengalami hal serupa. Zhang Ruifang, nenek 101 tahun, pertama kali menyedari ada tanduk sepanjang enam sentimeter di sisi kiri dahinya pada 2009. Dia pun merasa dahi sebelah kanannya juga mulai tumbuh tanduk.


Wanita berasal dari Linlou, China bahagian timur, itu menolak untuk memotong tanduknya. "Awalnya, saya tidak dapat tidur. Tetapi sekarang saya merasa biasa saja. Ramai orang yang datang membawa hadiah dan makanan hanya untuk mengambar tanduk saya."


Putra bungsu Zhang Guozheng, 60, mengatakan, dia dan lima saudaranya frustasi membujuk sang ibu bersedia menghilangkan tanduk di kepalanya. "Kami hanya berusaha agar tidak terlambat hingga tanduknya melekat selamanya di sana. Mungkin sudah menjadi takdirnya," ujarnya.


Diperkirakan, tanduk yang tumbuh di kedua kepala lansia asal China itu berasal dari keratin, substansi yang sama seperti kuku. Meskipun kulit tanduk hanya beberapa milimeter, pada beberapa orang pertumbuhan ini bisa mencapai beberapa sentimeter. via

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More